ASAS ELECTROMAGNETIC MOLECULAR SIGNALING (EMS)

“Molecular Signaling” adalah suatu konsep yang menegaskan bahawa sel-sel mendapat semboyan daripada ligand yang kemudiannya berinteraksi sesama sendiri. Sehingga kini teori ini perpaksi kepada semboyan yang berbentuk fizikal. Dr. Jacques Benveniste daripada DigiBio Peranchis telah membuktikan melalui beberapa ujian makmal bahawa sel juga bertindakbalas dan berinteraksi apabila menerima semboyan molekular daripada frekuensi yang tidak bersifat fizikal malah lebih daripada bentuk gelombang elektromagnetik. Beliau juga membuktikan bahawa air memiliki ingatan melalui teori “Memory of Water”.

Dr. Samuel Hahnemann berpendapat bahawa simtom yang dihasilkan oleh sesuatu ubat itu akan menyembuhkan penyakit yang mengalami symptom yang sama. Apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh Hahnemann adalah, untuk menyamakan secara emperikal semboyan yang terdapat di dalam ubat-ubatan homeopati dengan semboyan yang terdapat di dalam penyakit tersebut. Dengan menyamakan semboyan tersebut maka berlakulah proses pemadanan semboyan.

EMS adalah kata asal daripada “Electromagnetic Molecular Signaling” yang secara asas teori fizik mengatakan bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom. Sesuatu jisim yang terdiri daripada atom-atom bergerak sesame sendiri dan menghasilkan getaran ataupun tenaga. Teori Archimedes juga membuktikan bahawa molekul-molekul atom ini juga berkomunikasi di antara satu dengan yang lain. Maka para saintis telah mengesahkan bahawa dalam setiap jisim hidup terdiri dari molekul-molekul atom yang berkait antara satu sama lain dan ianya hidup. Tenaga yang dihasilkan ini bermaksud isyarat gelombang yang boleh dipancarkan dan boleh terbebas akibat sesuatu tindakbalas kimia, elektromagnetik atau proses semulajadi. Ini bermakna tenaga yang dihasilkan bersifat rawak, boleh dipancarkan dan boleh disimpan. Air dan cecair merupakan antara agen penyimpanan memori dan mampu menyimpan sesuatu gelombang ataupun frekuensi dari sumber tenaga luar misalnya frekuensi daripada bacaan doa seseorang. Oleh itu pada prinsip yang sama para saintis dan penyelidik kami telah menemui satu kaedah pemindahan tenaga yang dapat memberikan sifat tenaga yang diingini melalui “Electromagnetic Molecular Signaling” atau EMS.

Dr. Jaques Benveniste melalui kaedah EMS membuktikan bahawa pemindahan tenaga dapat dilakukan secara saintifik daripada satu kumpulan tenaga molekul yang terpilih kepada satu kumpulan tenaga yang diperlukan. Penambahbaikan tenaga ini boleh membentuk kumpulan tenaga mengikut apa yang diperlukan secara komunikasi melalui molekul-molekul atom.

SUSU BIOMIL DAN EMS

Pengkayaan tenaga yang dihasilkan melalui konsep EMS adalah satu kaedah terkini di dalam penghasilan susu tepung Biomil yang bermutu tinggi. Kaedah ini memerlukan satu medan yang mampu merakam gelombang tenaga daripada sesuatu jisim. Ianya dipanggil “electromagnetic field”. Tenaga yang dirakam tadi mampu disimpan sebagai memori di dalam komputer sebagai satu fail. Misalnya tenaga tumbuh-tumbuhan herba yang diambil dan dibaca gelombangnya melalui kaedah EMS disimpan didalam cakera liut dan kemudiannya diaktifkan semula (transfer) ke atas produk di samping mengekalkan bahan asal yang terdapat di dalam produk tersebut. Bagi memahami asas ini dengan lebih jelas lagi, kita lihat contoh di bawah ini. “ Seorang penyampai radio di pusat kawalan berada beratus-ratus kilometer jaraknya daripada penerima isyarat ataupun pendengar. Namun begitu pendengar mampu menerima mesej yang asal tanpa mengubah kandungan teks asalnya walaupun berbatu jauhnya. Suara juga boleh dihantar melalui pemancar dalam bentuk gelombang dan boleh diterima melalui penerima gelombang yang kemudian diterjemah semula dalam bentuk bunyi suara”.

Bahan asal dan semulajadi yang berbentuk jisim akan menghasilkan reaksi biologi dan kimia. Apabila digunakan dalam dos-dos yang tertentu ianya akan memberikan hasil yang baik. Gabungan daripada pengkayaan semula tenaga dari teknologi EMS yang diisi dengan pelbagai kebaikan di dalam bentuk gelombang dapat menambahkan lagi kebaikan dan kelebihan yang sudah sedia ada di dalam produk-produk asal. Gabungan bahan asal dan EMS di dalam susu Biomil menjanjikan suatu pembaharuan di dalam penghasilan produk yang bermutu tinggi.

Penemuan sains yang baru diterokai oleh Dr. Jacques Benveniste adalah hasil daripada penyelidikan dan pemerhatiannya yang menemukan sesuatu yang dikenali sebagai fenomena “Memory of Water” iaitu:

Sehingga kini tiada sebarang percanggahan fakta kepada penemuan oleh Dr. Jacques Benveniste di dalam eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan di beberapa makmal terkemuka di serata pelusuk dunia. Malah eksperimen-eksperimen tersebut

Hubungi